Thursday, February 05, 2009

Lawak Hari Ini...

KEMIK

Mat berjalan menuju ke keretanya. Tiba di keretanya, Mat dapati ada kesan kemik di sebelah pintu keretanya.
Keesokkan harinya, Mat membawa kereta itu ke woksyop. Mekanik di woksyop tu mat memang bendul lalu memberitahu, sekiranya Mat meniup melalui lubang ekzos keretanya itu, pintu yang kemik itu akan kembung kembali.
Mat pun pulang ke rumah dan mula meniup melalui lubang ekzos keretanya itu. Tiada apa-apa yang berlaku. Mat meniup dengan lebih kuat lagi tapi tiada apa-apa yang berlaku gak.
Member serumahnya, Mud, keluar dan bertanya, "Apa hang buat tu?". Mat menjelaskan kepada Mud bagaimana mekanik di woksyop telah mengarahkannya untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemik di pintu keretanya akan kembung semula.
Mud menggeleng-gelengkan kepala, ketawa berdekah-dekah sambil berkata, "HELLLLO!! Awat la hang ni mangkuk sangat?
.................................................................................................................
..................................................................................................................
.................................................................................................................
Hang kena tutup semua cermin tingkap kereta dulu, baru tiup!".

1 komen:

Olive Tree said...

Hi, This is a very great blog!
I could tell how much efforts you take!
Keep doing!