This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday, October 09, 2014

Nota Motivasi 2











Catatan Inspirasi 2







Nota Motivasi 1











Wednesday, January 23, 2013

Catatan Inspirasi 1







Tuesday, January 22, 2013

Salam....

Dah lama tak menulis....dah lama tak jengok blog ni...Sibuk ke? Ntah ler?
Macam mana nak mulakan pun rasa lain.....tapi agak bersemangat selepas menjadi penganggur sementara ni....ada masa boleh jengok blog....dok baca orang lain punya blog rasa seronok.....jadi nak berjinak la semula.....boleh kot no.....Apapun selamat kembali ke dunia penulisan maya ini....

Saya bukanlah seorang penulis malahan bukanlah pengarang. Menjadi pengarang perlukan minat kepada menulis dan membaca. Melalui kaedah ini sahaja dapat membantu manghasilkan informasi berguna dalam dunia tanpa sempadan ini. Saya hanyalah insan biasa yang orang kata "hot-hot chicken shit"....bila dah sejuk....tak menulis pula....hahahahaha....

Selepas setahun setengah menelaah menambah ilmu pengetahuan, saya kini kembali untuk menulis semula agar dapat berkongsi citarasa, pengalaman, pemerhatian dan inspirasi dalam kehidupan ini. Saya telah mendapat 'life' yang lama telah saya cari dan memberikan makna yang sangat bermakna dalam kehidupan saya.

So, ada masa saya coretkan lagi....

~Hidupkan Kehidupan Anda~

Thursday, March 17, 2011

Resepi baru....cuba tau!!!

RESEPI PERKAHWINAN BAHAGIA
Bahan-bahannya:
2 kg penuh pegangan teguh kepada Tuhan dan ajaran
agama kita
1 kg rasa cinta dan kasih yang sentiasa membara
1 kg rasa kesyukuran dak ketakwaan
4 cawan rasa tanggungjawab
3 cawan daya penambat hati (appeal, daya tarikan
termasuk penawar dan
pelembut hati)
2 cawan penuh puji-pujian, kemesraan dan gurau senda
2 cawan pati kemanusiaan
2 cawan keyakinan diri masing-masing, dorongan dan
sokongan
1 cawan rasa kepuasan
1 cawan budi bahasa
1 cawan perasaan timbang rasa
1 cawan talak ansur, toleransi atas segala kesilapan
dan kelemahan
kedua belah pihak
2 gelas ucapan terima kasih untuk disiram selalu
1 sukatan peruntukan kewangan yang mencukupi
2 orang anak kecil sekurang-kurangnya
4 camca penuh pengucapan maafkan daku
(ini juga sangat penting untuk kebahagiaan suami
isteri)
Secubit campurtangan mentua
Curahkan kerjasama yang perlu dan kesediaan kerja
berpasangan dan
perkongsian

Cara membuat atau mengamalkannya:

Kita adun dengan cermat semua bahan-bahan di atas dan
asingkan rasa
cemburu, curiga, sikap mengkritik, sikap marah dan
sakit hati.

Isingkan dengan bunga-bunga cinta yang segar dan
panaskan dengan bara
api kesetiaan dan kejujuran.

Hiaskan dengan dua orang anak kecil dan bolehkan
ditambah mengikut
selera dan kemampuan diri masing-masing.

Friday, March 11, 2011

Tanda-Tanda Penyakit

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain.Bacalah untuk menilai sejauh mana KESIHATAN DIRI ANDA :-

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah :
Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur
: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata :
Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata :
Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak :
Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG

Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema :
Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sumbat
: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin

a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK
a. Batuk keluar kahak :
Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak :
Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG..
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong :
Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG
i) Kerongkong kering.
Proses membuang toksin sedang berlaku
di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong.
Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius..

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucat

a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi.. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah.
Perut mengandungi banyak bahan toksin..

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit :
Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat :
Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung :
Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia..

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas.
Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas .
Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu.
Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

b) KEBAS TANGAN :
Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN :
Tanda-tanda lemah atau sakit jantung..Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana , ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI :
Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI :
Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI :
Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI :
Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI :
Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA.

Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA

Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas .
Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk).
Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :
Menandakan penyakit migrain.
E. BISUL TERJADI DI KEPALA

Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING

Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
a. LOYA/MUNTAH .
Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b. MUNTAH DARAH
i) Darah merah :
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam:
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING
a) KERAP KENCING ;
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
b) AIR KENCING BERKAPUR
Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK :
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT :
Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH :
Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT:
Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah :
Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam:
Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM :
Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN
a) RASA SAKIT :
Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk :
Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal:
Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap:
Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang :
Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH .
Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS .
Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN :
Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Note: Thanks to my friend....I took from his email.

Thursday, September 23, 2010

PETUA ORANG LAMA.


PETUA CEPAT DIPINANG (RINGAN JODOH)

Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.


PENAWAR RESDUNG

Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.
MELICIN DAN MEMERAHKAN KULIT MUKA
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di sekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.


MENEGANGKAN KULIT MUKA

Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar...


MENGHILANGKAN CAGU

Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.


MENYERIKAN WAJAH

Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.


MENGHALUSKAN KULIT

Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.
MENGHILANGKAN BAU BADAN
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu.
BADAN RINGAN DAN BERTENAGA MINUM
air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

Tuesday, April 06, 2010

KHASIAT DARI TUMBUHAN

1. Daun senduduk boleh digunakan untuk menghilangkan parut. Caranya ialah dengan mengambil beberapa helai daun senduduk, kemudian upar-uparkan hingga keluar air dan gosok daun pada parut. Ia juga boleh menghilangkan jerawat pada muka dengan mencampurkan airnya dengan bedak sejuk.

2. Daun ati-ati boleh digunakan sebagai penawar lelah. Caranya, ambil beberapa helai daun ati-ati, basuh dan bersihkan serta di tumbuk lumat. Sapu daun yang telah lumat tadi pada dada sehingga paras pusat. Hasilnya akan diperolehi setelah diamalkan beberapa kali.

3. Daun inai selain untuk memerahkan jari ia juga boleh digunakan untuk merawat luka, samada luka luaran mahupun dalaman. Jika kulit kita terluka, ambil beberapa helai daun inai, tumbuk sehingga lumat kemudian diletakkan pada luka untuk menghentikan pendarahan. Bagi wanita yang baru lepas bersalin atau menjalani pembedahan, makan daun inai tujuh helai pagi dan petang sehingga sembuh.

4. Getah dari pohon kemboja boleh digunakan untuk merawat bisul. Caranya, sapu getah tadi pada bisul dan hasilnya, bisul tadi akan beransur pulih.

5. Bunga melur juga boleh digunakan untuk mengubati penyakit mata. Caranya, ambil beberapa kuntum bunga melur. Rendam seketika didalam air, kemudian ambil air tadi dan disapu pada mata dengan menggunakan tuala lembut. Rasa sejuk air ini akan melegakan rasa tidak selesa pada mata.

Penyakit Lupa

Di antara penyebabnya adalah: -

-makan kepala ikan.

-makan organ dalaman binatang spt hati, limpa, jantung, perut & yg seumpamanya.

-makan makanan yg tercemar oleh semut.

-makan berlebihan.

-minum air antara suapan makan.

-sukan yg boleh menyebabkan gegaran yg kuat kpd kepala seperti tinju, gusti & sebagainya.

-pergaduhan/berkelahi sesama sendiri dgn memukul kepala.

*gegaran di kepala yg kuat & terlalu kerap akan mengakibatkan kadar bahan kimia yg dipanggil dopamin

akan berkurangan di dlm sel-sel otak


Rahsia menguatkan ingatan:-

Di antara jenis makanan yg boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah: -

- Buah anggur hitam

- Madu lebah

- Halia

- Buah badam

- Susu

- Air zam-zam

- Kismis

- Jus carrot & madu

- Epal

- Kurma

- Ikan tuna

- Tempe

- Air soya

* Amalkan zikir dan bacalah AlQuran dapat menguatkan daya ingatan selain daripada mendapatkan oksigen

utk merangsang otak supaya sentiasa cergas & cerdas.