This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, October 05, 2009

Ayat-Ayat Tersirat Kaum Hawa…Please take note!!!

1. Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak perempuan tu?
Maknanya: Siapa yang paling lawa? I ke, budak perempuan tu?

2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Maknanya: Jom pi makan. Lapar ni!

3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Maknanya: Belikanlah untuk I.

4. Kalau perempuan kata: Rasa macam pening la.
Maknanya: Tolonglah picit kepala I.

5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi, bla...bla...
Maknanya: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan jer...
Maknanya: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

7. Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla...bla...bla...
Maknanya: I minat sesangat kat you la... Rasa cam nak jadi awek you je.

8. Kalau perempuan tanya: You pernah teringatkan awek you dulu tak?
Maknanya: Kalau nak gaduh sebut la nama dia depan aku.

9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Maknanya: Oh! Aku je yang kena berkorban.Hangpa dua gak yang seronok.

10. Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu...

Hahahahhahahahahaha......ada paham ker???

Wednesday, September 30, 2009

Macam-macam hal!

Sekarang ni zaman teknologi canggih, semuanya cepat, semua ringkas... Kekadang apabila kita tidak mengikuti perkembangan semasa, pelabagai perkara kita tak tahu. Kali ni aku nak cerita pasal short form... terutamanya dalam hal yang berkaitan penulisan tak formal...termasuklah sms...Kalau dalam bahasa Melayu memang banyak, cuma aku nak letakkan jenis bahasa Inggeris yang aku jumpa banyak sewaktu surfing Internet.

Di antaranya:-

^5 . . . . . High five

4COL. . . . For crying out loud

99 . . . . . Parents are no longer watching

BI5 . . . . . Back in five minutes

BIL . . . . . Boss is listening

CID . . . . .Consider it done

DEGT . . . .Don’t even go there

FWIW. . . .For what it’s worth

FYEO. . . . For your eyes only

GBTW. . . .Get back to work

GFTD. . . . Gone for the day

HAND . . . Have a nice day

IAT . . . . .I am tired

IMS. . . . . I am sorry

KUTGW. . Keep up the good work

LMIRL. . . Let’s meet in real life

NMP . . . .Not my problem

NRN . . . .No response necessary

NSFW..... Not safe for work

PAW. . . . Parents are watching

PCM . . . .Please call me

PIR . . . . Parent in room

RIP.........Rest In Peace

TOY. . . . Thinking of you

TTYL.......Talk to you later

UG2BK . .You got to be kidding

WOMBAT.Waste of money, brains and time

WRUD ...What are you doing?

LMAO......Laugh(ing) My Ass Off

LOL .......Laughing out Loud


Kalau korang ade lagi...jangan malu-malu nak kongsikan...


Wednesday, September 16, 2009

Kata orang-orang tua.

1. Kita sering mendengar orang sesat di hutan. Pantang larangnya jangan sekali-kali kita atau salah seorang daripada kita bercakap besar seperti "aku tak akan sesat di dalam hutan".Sebaiknya setiap anggota mendiamkan diri dan jangan ambil sebarang benda atau tumbuhan yang ganjil semasa dalam perjalanan tersebut.

2. Penyakit sosial rumahtangga di zaman moden merupakan lemah tenaga batin.Ia amat berbeza dengan orang dahulu kala walaupun usia hampir 100 tahun mereka mampu beristeri muda yang boleh disebut cucu.Tetapi generasi hari ini, setahun berumahtangga pun isterinya masih dara lagi.Bagi memelihara tenaga kelakian jangan sekali-kali membasuh kemaluan selepas persetubuhan.Jauhkan membuang air kecil di dalam air. Amalan menahan kencing boleh membawa bencana seperti karang batu, dan lemah buah pinggang. Sebaiknya amalkan membuang air kecil 4 jam sekali.

3. Mandi di laut atau sungai amat menyeronokkan terutama kanak-kanak.Mandi dengan cara membabi buta dengan perasaan terlalu gembiraboleh mendatangkan musibah yang tidak diduga.Bagi mengatasi musibah ini orang tua-tua juga ada pantang larangnya seperti pertama kali menjejakkan kaki di laut ataupun sungai jauhkan dari bermain-main di gigi air.

4. Sebagaimana kata orang tua-tua "Anak dara yang suka menyanyi di dapur sukar mendapat suami". Kedua anak dara yang suka termenung di atas tangga juga berat jodoh.

5. Menurut pengalaman orang tua-tua sekiranya anda ingin mata anda sentiasa terang, jangan sekali- kali melihat kemaluan isteri (ataupun gambar lucah).

6. Sesuatu yang kita sayangi janganlah terlalu menunjukkan kasih sayang yang teramat sangat.

7. Sekiranya anda mahu gigi anda tahan lama dan tidak mudah sakit jangan sesekali meludah semasa membuang air besar atau di tempat-tempat kotor. Bagi menahan air liur keluar anda hanya perlu menutup mulut sambil mencekam gigi agak kuat.

8. Elakkan diri mengamal mandi di tengah malam yang boleh menyebabkan badan menjadi lemah dan luntur.

9. Membasuh atau mandi ketika badan terlalu panas, kesannya setiap penyakit yang ada dalam badan tidak dapat keluar.

10. Jangan melakukan perbuatan mencampak apa-apa barang terutamanya pakaian melalui tingkap rumah kerana menurut orang tua-tua amalan ini boleh memendekkan rezeki.

Wednesday, August 19, 2009

CARA MUDAH JIMAT DUIT

1. Beli barang pada harga borong/pukal.

2. Beli barangan second hand @ lelong murah

3. Musim Promosi & Megasale


4. Kitar Semula / Recycle.

5. Gunakan banyak Member/Privillege Card

6. Beriadah di tempat awam


7. Kurangkan hiburan banyakkan bacaan

8. Kurangkan makan di fast food restaurant

9. Masak & Makan di rumah


10. Rancang perjalanan & jimat petrol

11. Semak bil utiliti bulanan anda

12. Jimat letrik & air

13. Kelebihan insuran/takaful.

14. Tukarkan ‘garbage’ kepada ‘money’


15. Guna Kad Kredit dengan Bijak

16. Beli domain & hosting masa promosi

17. Dial Up vs Streamyx


18. Bayar Bil Online


19. Berhenti Merokok

Thursday, August 06, 2009

Lagu Kasih Sayang

Wednesday, June 17, 2009

Personaliti Berdasarkan Huruf Pertama Nama.

Berikut sebagai sedikit panduan.

A - Ramah dan murah senyuman.Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B - Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya.Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya sangat mudah tersinggung.

C - Ramah dan pandai berbicara.Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D - Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E - Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F - Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala.Mereka juga sukar memaafkan.Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G - Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H - Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I - Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J - Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K - Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L - Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya tidak menepati masa.

M - Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan memberontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya boros dan keras kepala.

N - Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

O - Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P - Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

Q - Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R - Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S - Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T - Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U - Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V - Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri.Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W - Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X - Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y - Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z - Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

Monday, May 25, 2009

Karangan versi PPSMI kot?

Bagaimana menghasilkan karangan berkaitan nombor dalam Bahasa Inggeris...(Sila lihat contoh di bawah).

1 day I go 2 climb a 3 outside a house to peep. But the couple saw me, so I panic and 4 down. The man rushed out and wanted to 5 with me....! I ran until I fell 6 and threw up. So I go into 7-eleven and grabbed some 8 to throw at him. Then I took a 9 and try to stab at him. 10 God he run away.

10, I put the 9 back and pay for the 8 and left 7-eleven. Next day I called my boss and told him I was 6. He said 5, tomorrow also no need to come back 4 work. He also asked me to go climb a 3 and jump down. I don't understand. I am so nice 2 him but I don't know what he 1 .


10q.

Friday, May 22, 2009

Kisah Takut Bini...

Alkisah, ada seorang Raja sebuah negeri Far Far Away yang takutkan bini...Baginda mencari jalan bagaimana untuk mendapatkan petua supaya tidak takutkan bini. Akhirnya pada suatu hari Baginda mendapat ilham...
Baginda memanggil seluruh rakyat jelata hadir ke istana dan dipecahkan kepada 3 kumpulan. Kumpulan wanita bersama Permaisuri, kanak-kanak bersama anakandanya dan semua lelaki bersama baginda. Lalu apabila semua beredar, beliau pun berkata kepada kaum lelaki yang ada di depannya..
Raja: Siapa yang takutkan bini sila ke kanan beta...!(Semua lelaki yang ada bergerak ke bahagian kanan kecuali seorang)
Wah! ada seorang yang tak takutkan bininya.....fikir Raja. Beta mesti belajar darinya...
Raja: Kamu datang kepada beta....(sambil menunjuk kepada lelaki itu)
Lelaki: Tuanku nak jumpa saya...datang la pada saya...!
Raja berfikir "memang lelaki sepatutnya begini, tegas.....
Lalu Raja mendekati lelaki itu dan bertanya " Apa rahsia kamu tidak takutkan bini"...
Lelaki itu berkata " Eh Tuanku..jangan salah sangka...sayalah orang yang paling takutkan bini"...
Raja: Habis, kenapa kamu tidak bergerak ke sebelah kanan seperti yang beta arahkan...
Lelaki: Bini saya pesan tadi " BERDIRI KAT SINI DAN JANGAN PERGI MANA2"....
~Hahahahahahahahahahaha~ Kantoi!!!

Wednesday, April 29, 2009

Rahsia Personaliti Melalui Tarikh Lahir

Mari Kita Kira..

Contoh:
29 April 2009
=29+4+2009
=2042
=2+0+4+2
=8
(Jadi nombor lahirnya ialah 8)

Keterangan nombor lahir:

1. Ketulenan
- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
Perkara yang perlu dipelajari:
Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welch.

2. Pendamai
- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.- Mereka tidak suka bersendirian.
-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.

3. Ceria
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

4. Konservatif
- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5. Perintis
- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

6. Romantik
- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7. Intelektual
-Golongan ini adalah Pencari.
- Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
-Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8. Penyelesaian
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.

Test saja tapi jangan percaya!

Thursday, April 02, 2009

Khas untuk Lelaki...

Benar @ tidak belum dibuktikan tapi....

Lelaki kena uji, pompuan pun boleh guna... nak test orang laki-laki....!!!

Friday, February 27, 2009

Tarikh Dilahirkan dan Cinta

~RAHSIA DIRI~

1hb. Kamu seorang yang tidak tetap pendirian terutamanya dalam soal cinta. Kadangkala, pilihan yang kamu buat bukanlah yang terbaik. Sebab itu cinta kamu mudah beralih arah bila terasa tidak wujud keserasian.

2hb. Kamu yang dilahirkan pada 2hb cukup tegas orangnya dan keputusan kamu sukar digugat termasuklah soal cinta. Sekali kamu mengatakan tidak, tidak siapa yang mampumengubahnya.

3hb. Kamu seorang yang cukup bersemangat dalam menjalani kehidupan. Kamu memerlukan cinta dalam hidup namun sikap kamu yang seolah tak endah dan sukar untuk meluahkan apa yang kamu rasa membuatkan kamu sukar untuk didekati.

4hb. Dikatakan kamu suka mengikut perasaan dan kata hati. Sebab itulah, tidak hairan bila kamu sering tersilap membuat keputusan yang kadangkala kamu sendiri kesali. Selalu saja cinta kamu hinggap pada tempat yang salah.

5hb. Awas! Kawal perasaan cemburu yang kamu miliki itu kerana ia boleh memburukkan diri kamu sendiri. Namun kebaikan kamu, bersifat pelindung kepada orang-orang yang kamu sayangi.

6 hb.Kamu disukai ramai kerana personaliti kamu yang cukup menarik hati. Tidak hairanlah bila ramai yang cuba menawan hati kamu. Walaubagaimanapun, bagi kamu banyak lagi perkara penting selain cinta.

7hb. Kamu seorang yang "happy go lucky" dan gemar berseronok. Namun sikap kamu yang agak berhati-hati dalam memilih teman membataskan pergaulan kamu. Begitu juga soal percintaan. Kamu ni pemilih sangat!

8hb. Kamu seorang yang romantis. Wah! Beruntungnya siapa yang menjadi pasangankamu nanti. Namun kamu mementingkan cinta sejati bukannya nafsu semata-mata saja.

9hb. Nampaknya kamu ni seorang yang amat menjaga personaliti dan keterampilan diri di mata orang ramai. "Maintain Vouge" memanjang! Dalam soal cinta, sudah tentu kamu ingin yang setaraf juga.

10hb. Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini seorang yang sangat mementingkan keluarga daripada segala-galanya di dunia ini. Kamu gembira dalam keriuhan keluarga yang besar. Namun sikap ini kadangkala membuatkan buah hati terasa diri terpinggir.

11hb. Nampaknya kamu ni seorang yang amat berdisiplin dalam mengatur kehidupan kamu seharian. Sebab itulah, kamu juga mengharap si dia juga bersikap demikian. Namun, tidakkah kamu terfikir, kadangkala hidup ini terlalu boring bila terlalu mengikut peraturan ???

12hb. Kamu seorang yang setia dalam perhubungan. Sekali kamu memberikan komitmen, selamanya kamu akan setia. Namun jangan tak tahu, ramai yang menaruh minat padamu walaupun tahu kamu sudahpun berpunya.

13hb. Kamu seorang yang sering berfikir ke arah yang positif sahaja. Sebab itulah kamu disukai ramai. Namun dalam masa yang sama, kamu sering tunduk dan tidak tahan dengan tekanan. Dari segi hubungan cinta, kamu amat pandai menjaga perhubungan.

14hb. Hebat! Bagi kamu, karier/pelajaran adalah segalanya dalam hidup. Sebab itulah kamu tidak menerima mana-mana huluran cinta daripada sesiapa. Cinta dan perkahwinan adalah perkara terakhir dalam senarai hidup kamu.

15hb. Kamu suka mengubah keputusan kamu secara tiba-tiba. Namun apabila kamu membuat keputusan, kamu akan terus bertindak. Punca pergaduhan antara kamu dan si dia, sikap kamu ini yang suka membuat tindakan 'last minutes'.

16hb. Kamu ini seorang yang moody rupanya??? Sekejap mood kamu okey dan sekejap pula kamu marah-marah. Ini membuatkan tekanan dan si dia boring dengan sikap kamu itu. Cuba kawal sikit.

17hb. Kamu lebih suka menjaga hati orang lain berbanding hati kamu sendiri. Namun sikap penting yang kamu tonjolkan membuatkan orang tidak tahu perasaan sebenar kamu.

18hb. Kamu ini sangat perahsia orangnya lebih-lebih lagi soal perasaan dan cinta. Kamu lebih suka memendam perasaan hingga mendatangkan tekanan pada dirikamu. Dalam perhubungan cinta, mereka sukar untuk melafazkan kata sayang.

19hb. Kamu bersikap berhati-hati dalam setiap apa yang kamu lakukan termasuklah menjalinkan perhubungan cinta. Biasanya kamu lebih suka mulakanpersahabatan sebelum menjadi serius.

20hb. Kamu ini terlalu banyak permintaan. Ada sahaja yang kamu inginkan. Sebab itulah sering timbul pergaduhan dengan si dia bila kamu asyik minta itu dan ini. Kamu sepatutnya tengok dulu kemampuan si dia !!!

21hb. Sikap kamu yang cool, tenang dan seolah tak kisah membuatkan orang lain 'ambil mudah' terhadap diri kamu. Begitu juga si dia. Lebih baik kamu berterus terang jika ada perbuatan si dia yang kamu tidak suka sebelum terlambat.

22hb. Kamu yang lahir pada tarikh ini seorang yang amat bercita-cita tinggi dan mempunyai impian hidup sendiri. Dalam soal cinta, kamu akan memilih seseorang yang kamu akan rasa selamat bila berada di sampingnya.

23hb. Sikap kamu yang kelakar dan riang membuatkan orang suka mendampingi kamu. Malangnya kamu sering terasa bosan bila berada disamping teman-teman dan sidia . Jangan begitu, kadangkala kita perlu serius dalam hidup.

24hb. Kamu seorang yang mementingkan diri sendiri. Dalam perhubungan cinta, kamu terlalu takut dilukai hingga membuatkan kamu bersifat mengongkong si dia.

25hb. Bila menyentuh soal cinta, kamu sukar mempercayai lelaki/perempuan yang bagi pendapat kamu ramai yang lebih suka mempermainkan kaum sejenis kamu. Kalau tak mencuba, bagaimana nak tau, kan !!!

26hb. Kamu harus ubah sikap kamu yang dikatakan tidak serius dalam perhubungan yang dijalinkan. Malah kamu lebih mementingkan keseronokan saja???

27hb. Kamu sukar untuk menaruh kepercayaan kepada orang lain walaupun kekasih kamu sendiri. Tak baik wasangka !!!

28hb. Kamu suka diri kamu menjadi perhatian ramai di kalangan teman-teman. Namun kadangkala di dalam keghairahan bila mejadi tumpuan, kamu meminggirkan si dia tanpa disedari.

29hb. Kamu tidak akan menjalinkan sebarang komitmen dengan sesiapa sahaja selagi kamu tidak puas hati dengan apa yag kamu miliki.

30hb. Kamu seorang yang keras kepala. Ini juga punca pergaduhan kamu dengan sidia kerana kamu sukar untuk beralah.

31hb. Terlalu banyak yang kamu impikan dalam hidup. Jangan begitu, hargai apa yang kamu miliki sekarang termasuk si dia yang setia !!!

Baca boleh........Percaya Jangan.

Rehatkan Minda Anda.

Antara Pepatah yang telah ditolak oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
***********************************************************
1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.
2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.
3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga, lepas tu tercium pulak tahi ayam.
4. Alang-alang mandi biar guna sabun dan syampu.
5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang (Itulah, lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang).
6. Sebab mulut santan binasa, sebab mulut juga... nasi pun habis.
7. Biar putih tulang, jangan kuning gigi (gosok, jangan tak gosok tau).
8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.
9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.
10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi ape).
11. Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal ketiak.
12. Biar korek hidung, jangan korek tabung.
13. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, lama-lama jadi letih.
14. Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri kahwin lagi satu.
15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi... boleh blah...!!!
16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.
17. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat kena saman.
18. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.
19. Biar lambat asalkan perlahan.
20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah...!!!
21. Habis madu, sepah jangan dibuang merata-rata.
22. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.
23. Air dicincang takkan putus, tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri.
24. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan tangan.
25. Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak tandanya kita tak lawa.
26. Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun, gunung tu takkan lari jugak.
27. Patah tumbuh, hilang report polis.
28. Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk acara angkat berat.
29. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpik jugak.
30. Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang aje. Beli jarum yang baru.
31. Kalau ada sumur di ladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari...(nak tak?)
32. Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba makan satay Kajang lagi best...
33. Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit.
34. Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah ditepi pantai, buat rumah jauh-jauh sikit dari pantai la...!!!
35. Pecah kaca pecah gelas, kalau dah pecah tu tak reti-reti nak ganti ke...!!!

Thursday, February 05, 2009

Lawak Hari Ini...

KEMIK

Mat berjalan menuju ke keretanya. Tiba di keretanya, Mat dapati ada kesan kemik di sebelah pintu keretanya.
Keesokkan harinya, Mat membawa kereta itu ke woksyop. Mekanik di woksyop tu mat memang bendul lalu memberitahu, sekiranya Mat meniup melalui lubang ekzos keretanya itu, pintu yang kemik itu akan kembung kembali.
Mat pun pulang ke rumah dan mula meniup melalui lubang ekzos keretanya itu. Tiada apa-apa yang berlaku. Mat meniup dengan lebih kuat lagi tapi tiada apa-apa yang berlaku gak.
Member serumahnya, Mud, keluar dan bertanya, "Apa hang buat tu?". Mat menjelaskan kepada Mud bagaimana mekanik di woksyop telah mengarahkannya untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemik di pintu keretanya akan kembung semula.
Mud menggeleng-gelengkan kepala, ketawa berdekah-dekah sambil berkata, "HELLLLO!! Awat la hang ni mangkuk sangat?
.................................................................................................................
..................................................................................................................
.................................................................................................................
Hang kena tutup semua cermin tingkap kereta dulu, baru tiup!".

Monday, January 19, 2009

Resepi Masakan Senandung Kejayaan

Bahan-bahannya:
  1. Buku secukup rasa (ikut selera).
  2. Sebuah ketekunan (diparut).
  3. Seperiuk kerajinan.
  4. 4 hiris keinsafan (dimayang).
  5. 5 keping kasih sayang.
  6. Beberapa potong nasihat.
  7. Beberapa pohon doa.
  8. Sedikit dendam dan cemburu (dilumatkan).
  9. Secebis malas (digoreng dan ditumbuk halus).
  10. Segenggam harapan.
  11. 1/4 cawan air mata.
  12. Semangkuk azam.
  13. Sekuntum senyuman (untuk hiasan).

Cara Memasaknya:

  • Buku digaul dengan azam.
  • Ketekunan diperah untuk menjadikan satu liter pati kesungguhan dan dua liter usaha.
  • Keyakinan, kasih sayang, nasihat, doa dan harapan digaul bersama.
  • Pijarkan air mata.
  • Tumiskan keinsafan sehingga menimbulkan kesedaran.
  • Malas, dendam dan cemburu ditumbuk halus.
  • Kacau dengan pemikiran yang baik dan sempurna.
  • Masukkan buku dan campurkan dengan usaha dan kemudian didihkan.
  • Apabila menggelegak masukkan doa dan tutuplah dengan keimanan.
  • Apabila masak rasalah nikmatnya. Hidangkan dengan penuh kebanggan.
  • Taburkan di atasnya dengan kesyukuran dan sekuntum senyuman.