This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Friday, February 27, 2009

Tarikh Dilahirkan dan Cinta

~RAHSIA DIRI~

1hb. Kamu seorang yang tidak tetap pendirian terutamanya dalam soal cinta. Kadangkala, pilihan yang kamu buat bukanlah yang terbaik. Sebab itu cinta kamu mudah beralih arah bila terasa tidak wujud keserasian.

2hb. Kamu yang dilahirkan pada 2hb cukup tegas orangnya dan keputusan kamu sukar digugat termasuklah soal cinta. Sekali kamu mengatakan tidak, tidak siapa yang mampumengubahnya.

3hb. Kamu seorang yang cukup bersemangat dalam menjalani kehidupan. Kamu memerlukan cinta dalam hidup namun sikap kamu yang seolah tak endah dan sukar untuk meluahkan apa yang kamu rasa membuatkan kamu sukar untuk didekati.

4hb. Dikatakan kamu suka mengikut perasaan dan kata hati. Sebab itulah, tidak hairan bila kamu sering tersilap membuat keputusan yang kadangkala kamu sendiri kesali. Selalu saja cinta kamu hinggap pada tempat yang salah.

5hb. Awas! Kawal perasaan cemburu yang kamu miliki itu kerana ia boleh memburukkan diri kamu sendiri. Namun kebaikan kamu, bersifat pelindung kepada orang-orang yang kamu sayangi.

6 hb.Kamu disukai ramai kerana personaliti kamu yang cukup menarik hati. Tidak hairanlah bila ramai yang cuba menawan hati kamu. Walaubagaimanapun, bagi kamu banyak lagi perkara penting selain cinta.

7hb. Kamu seorang yang "happy go lucky" dan gemar berseronok. Namun sikap kamu yang agak berhati-hati dalam memilih teman membataskan pergaulan kamu. Begitu juga soal percintaan. Kamu ni pemilih sangat!

8hb. Kamu seorang yang romantis. Wah! Beruntungnya siapa yang menjadi pasangankamu nanti. Namun kamu mementingkan cinta sejati bukannya nafsu semata-mata saja.

9hb. Nampaknya kamu ni seorang yang amat menjaga personaliti dan keterampilan diri di mata orang ramai. "Maintain Vouge" memanjang! Dalam soal cinta, sudah tentu kamu ingin yang setaraf juga.

10hb. Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini seorang yang sangat mementingkan keluarga daripada segala-galanya di dunia ini. Kamu gembira dalam keriuhan keluarga yang besar. Namun sikap ini kadangkala membuatkan buah hati terasa diri terpinggir.

11hb. Nampaknya kamu ni seorang yang amat berdisiplin dalam mengatur kehidupan kamu seharian. Sebab itulah, kamu juga mengharap si dia juga bersikap demikian. Namun, tidakkah kamu terfikir, kadangkala hidup ini terlalu boring bila terlalu mengikut peraturan ???

12hb. Kamu seorang yang setia dalam perhubungan. Sekali kamu memberikan komitmen, selamanya kamu akan setia. Namun jangan tak tahu, ramai yang menaruh minat padamu walaupun tahu kamu sudahpun berpunya.

13hb. Kamu seorang yang sering berfikir ke arah yang positif sahaja. Sebab itulah kamu disukai ramai. Namun dalam masa yang sama, kamu sering tunduk dan tidak tahan dengan tekanan. Dari segi hubungan cinta, kamu amat pandai menjaga perhubungan.

14hb. Hebat! Bagi kamu, karier/pelajaran adalah segalanya dalam hidup. Sebab itulah kamu tidak menerima mana-mana huluran cinta daripada sesiapa. Cinta dan perkahwinan adalah perkara terakhir dalam senarai hidup kamu.

15hb. Kamu suka mengubah keputusan kamu secara tiba-tiba. Namun apabila kamu membuat keputusan, kamu akan terus bertindak. Punca pergaduhan antara kamu dan si dia, sikap kamu ini yang suka membuat tindakan 'last minutes'.

16hb. Kamu ini seorang yang moody rupanya??? Sekejap mood kamu okey dan sekejap pula kamu marah-marah. Ini membuatkan tekanan dan si dia boring dengan sikap kamu itu. Cuba kawal sikit.

17hb. Kamu lebih suka menjaga hati orang lain berbanding hati kamu sendiri. Namun sikap penting yang kamu tonjolkan membuatkan orang tidak tahu perasaan sebenar kamu.

18hb. Kamu ini sangat perahsia orangnya lebih-lebih lagi soal perasaan dan cinta. Kamu lebih suka memendam perasaan hingga mendatangkan tekanan pada dirikamu. Dalam perhubungan cinta, mereka sukar untuk melafazkan kata sayang.

19hb. Kamu bersikap berhati-hati dalam setiap apa yang kamu lakukan termasuklah menjalinkan perhubungan cinta. Biasanya kamu lebih suka mulakanpersahabatan sebelum menjadi serius.

20hb. Kamu ini terlalu banyak permintaan. Ada sahaja yang kamu inginkan. Sebab itulah sering timbul pergaduhan dengan si dia bila kamu asyik minta itu dan ini. Kamu sepatutnya tengok dulu kemampuan si dia !!!

21hb. Sikap kamu yang cool, tenang dan seolah tak kisah membuatkan orang lain 'ambil mudah' terhadap diri kamu. Begitu juga si dia. Lebih baik kamu berterus terang jika ada perbuatan si dia yang kamu tidak suka sebelum terlambat.

22hb. Kamu yang lahir pada tarikh ini seorang yang amat bercita-cita tinggi dan mempunyai impian hidup sendiri. Dalam soal cinta, kamu akan memilih seseorang yang kamu akan rasa selamat bila berada di sampingnya.

23hb. Sikap kamu yang kelakar dan riang membuatkan orang suka mendampingi kamu. Malangnya kamu sering terasa bosan bila berada disamping teman-teman dan sidia . Jangan begitu, kadangkala kita perlu serius dalam hidup.

24hb. Kamu seorang yang mementingkan diri sendiri. Dalam perhubungan cinta, kamu terlalu takut dilukai hingga membuatkan kamu bersifat mengongkong si dia.

25hb. Bila menyentuh soal cinta, kamu sukar mempercayai lelaki/perempuan yang bagi pendapat kamu ramai yang lebih suka mempermainkan kaum sejenis kamu. Kalau tak mencuba, bagaimana nak tau, kan !!!

26hb. Kamu harus ubah sikap kamu yang dikatakan tidak serius dalam perhubungan yang dijalinkan. Malah kamu lebih mementingkan keseronokan saja???

27hb. Kamu sukar untuk menaruh kepercayaan kepada orang lain walaupun kekasih kamu sendiri. Tak baik wasangka !!!

28hb. Kamu suka diri kamu menjadi perhatian ramai di kalangan teman-teman. Namun kadangkala di dalam keghairahan bila mejadi tumpuan, kamu meminggirkan si dia tanpa disedari.

29hb. Kamu tidak akan menjalinkan sebarang komitmen dengan sesiapa sahaja selagi kamu tidak puas hati dengan apa yag kamu miliki.

30hb. Kamu seorang yang keras kepala. Ini juga punca pergaduhan kamu dengan sidia kerana kamu sukar untuk beralah.

31hb. Terlalu banyak yang kamu impikan dalam hidup. Jangan begitu, hargai apa yang kamu miliki sekarang termasuk si dia yang setia !!!

Baca boleh........Percaya Jangan.

Rehatkan Minda Anda.

Antara Pepatah yang telah ditolak oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
***********************************************************
1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.
2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.
3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga, lepas tu tercium pulak tahi ayam.
4. Alang-alang mandi biar guna sabun dan syampu.
5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang (Itulah, lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang).
6. Sebab mulut santan binasa, sebab mulut juga... nasi pun habis.
7. Biar putih tulang, jangan kuning gigi (gosok, jangan tak gosok tau).
8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.
9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.
10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi ape).
11. Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal ketiak.
12. Biar korek hidung, jangan korek tabung.
13. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, lama-lama jadi letih.
14. Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri kahwin lagi satu.
15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi... boleh blah...!!!
16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.
17. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat kena saman.
18. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.
19. Biar lambat asalkan perlahan.
20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah...!!!
21. Habis madu, sepah jangan dibuang merata-rata.
22. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.
23. Air dicincang takkan putus, tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri.
24. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan tangan.
25. Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak tandanya kita tak lawa.
26. Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun, gunung tu takkan lari jugak.
27. Patah tumbuh, hilang report polis.
28. Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk acara angkat berat.
29. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpik jugak.
30. Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang aje. Beli jarum yang baru.
31. Kalau ada sumur di ladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari...(nak tak?)
32. Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba makan satay Kajang lagi best...
33. Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit.
34. Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah ditepi pantai, buat rumah jauh-jauh sikit dari pantai la...!!!
35. Pecah kaca pecah gelas, kalau dah pecah tu tak reti-reti nak ganti ke...!!!

Thursday, February 05, 2009

Lawak Hari Ini...

KEMIK

Mat berjalan menuju ke keretanya. Tiba di keretanya, Mat dapati ada kesan kemik di sebelah pintu keretanya.
Keesokkan harinya, Mat membawa kereta itu ke woksyop. Mekanik di woksyop tu mat memang bendul lalu memberitahu, sekiranya Mat meniup melalui lubang ekzos keretanya itu, pintu yang kemik itu akan kembung kembali.
Mat pun pulang ke rumah dan mula meniup melalui lubang ekzos keretanya itu. Tiada apa-apa yang berlaku. Mat meniup dengan lebih kuat lagi tapi tiada apa-apa yang berlaku gak.
Member serumahnya, Mud, keluar dan bertanya, "Apa hang buat tu?". Mat menjelaskan kepada Mud bagaimana mekanik di woksyop telah mengarahkannya untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemik di pintu keretanya akan kembung semula.
Mud menggeleng-gelengkan kepala, ketawa berdekah-dekah sambil berkata, "HELLLLO!! Awat la hang ni mangkuk sangat?
.................................................................................................................
..................................................................................................................
.................................................................................................................
Hang kena tutup semua cermin tingkap kereta dulu, baru tiup!".