This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday, October 09, 2008

Mencapai Matlamat Dalam Kehidupan.

Untuk mencapai matlamat anda dan berjaya dalam kehidupan, anda mestilah membina suatu kebiasaan berdasarkan langkah-langkah yang telah terbukti keberkesanannya seperti berikut:

1. Wujudkan Keinginan Anda Sebesar Mungkin.

Keinginan tersebut mestilah yang benar-benar anda idamkan. Bagaimana menyemarakkan keinginan anda? Duduk dan tulis semua keinginan anda. Nyatakan faedah-faedah dan kebaikan-kebaikan mencapai segala keinginan anda itu. Fikir dan tulislah sepuas-puasnya. Apabila senarai anda menjangkau 50 hingga 100, suatu bentuk perasaan atau semangat pada diri anda akan timbul. Teruskan. Anda akan mula menjadi lebih bersemangat. Jika anda terus menulis dan menghayati segala matlamat anda itu, semangat anda akan bertambah menyala, berapi-api!

2. Tuliskan Matlamat-Matlamat Anda

TULIS matlamat-matlamat anda di atas sehelai kertas. Jika anda tidak tulis, ia hanya akan menjadi angan-angan sahaja. Salinkannya ke dalam Buku Matlamat anda. Ini PENTING, kerana dengan berbuat demikian, ia akan menjadi perkara yang penting bagi anda. Dengan berbuat demikian juga, ia akan mula meresap ke dalam minda separa sedar anda.

3. Tetapkan Bila dan Tempoh Pencapaian Matlamat Anda

TETAPKAN bila matlamat tersebut mesti anda capai. Kaji tahap atau kedudukan anda sekarang berbanding dengan apa yang anda inginkan. Kira dan tentukan berapa banyak masa yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda itu.

4. Tangani Halangan

a) Kenalpastikan halangan-halangan yang perlu anda atasi.

b) Tumpukan kepada usaha mendapat bantuan; bantuan yang anda akan perlukan untuk mencapai matlamat anda - misalnya pengetahuan, pakar-pakar, penasihat-penasihat atau badan-badan tertentu.

5. Buat Perancangan

Gunakan semua butir pada langkah 3 dan 4. RANCANGKAN tindakan-tindakan anda. Senaraikan semua aktiviti mengikut susunan keutamaannya. Perbaiki senarai anda; optimumkannya, sempurnakannya. Ingatlah pesan Peter Drucker, seorang guru pengurusan yang pernah berkata: Cara terbaik meramal masa hadapan ialah dengan meWUJUDkannya. (The best way to predict the future is to create it).

6. Gambarkan Kejayaan Pada Minda Anda

Letakkan suatu Studio Filem di minda anda! Bayangkan satu GAMBARAN MENTAL yang anda telah berjaya mencapainya. Buat imej minda yang jelas dan terang pada mata minda anda. Mainkan gambaran itu berulang-ulang – berkali-kali di fikiran anda. Ingatlah bahawa: "Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." - Cecil B. DeMille. Ingatlah juga kata Mahatma Gandhi: Seseorang itu adalah hasil dari fikirannya. Apa yang dia fikir, itulah yang dia akan menjadi".

7. Baki 90% Adalah Usaha dan Keazaman Anda

Sokong rancangan anda dengan KEAZAMAN (Resolve) dan SEMANGAT TIDAK MENGENAL PUTUS ASA (Persistence). Tekadkan semangat. Tumpukankan kepada kejayaan. Bulatkan hati dan fikiran. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap sebarang cabaran. Jangan hanya berangan-angan. Lakukanlah tindakan-tindakan proaktif dan produktif. InsyaAllah, dengan diiringi doa, keazaman, disiplin yang tiinggi serta usaha gigih, anda akan mencapai apa juga matlamat yang anda ingini dan impikan.

InsyaAlah, anda akan berjaya.

Tuesday, September 02, 2008

Assalamualaikum... berjumpa lagi...

Hubungilah orang yang tersayang! Kalau bergaduh, terasa hati, kecewa, rasa dipinggirkan, ingin melarikan diri dan apa-apa yang seangkatan dengannya, cepat-cepatlah beristighfar. Fikir lama-lama sikit. Jangan terus je buat keputusan tu. Cubalah idea di bawah, mana tahu berkesan ker!

1. Letakkan diri anda ditempat orang lain. Bagaimana perasaan mereka pula. Kenalah fahami mereka.

2. Berterus terang dan jangan membuat alasan. Beritahu orang lain apa perasaan anda, jangan biar orang lain cuba memahami anda je.

3. Jangan takut dikritik. Kadang-kala kritikan itu akan lebih membina jiwa dan semangat kita, untuk lebih maju dalam kehidupan.

4. Ingat betapa bermaknanya si dia. fikirkan kebaikan yang telah diberikan oleh si dia kepada kita, barulah kita menghargai mereka.

5. Terdapat banyak cara meminta maaf. Jadilah lebih aktif dan kreatif. Kalau perlu minta maaf cari jalan yang bijak untuk melakukan.

So, u fikir sendiri lah yer. Chauuu................

Alam Kita Tanggungjawab Kita...

Assalamualaikum...

Sekarang ni, ramai yang bercakap tentang alam sekitar. Maknanya ramai dah sedar pentingnya menjaga alam sekitar. So, saya nak turunkan sedikit tips supaya kita dapat menjaga alam sekitar.
1. Selamatkan alam kita dengan mengguna semula (recycle).
2. Gunakan beg kertas, beg sendiri, botol air sendiri dan asingkan sampah.
3. Hasilkan sesuatu dari bahan buangan dan dapat mengindahkan kediamaman.
4. Pupukkan semangat cintakan alam sekitar kepada anak-anak
5. Galakkan rakan-rakan dan jiran tetangga supaya mencintai persekitaran kita.

Bukankah senang!

Melayu oh melayu...

Sedihnya bila terbaca berita ini. Statistik dari Kementerian Dalam Negeri. Selepas 51 tahun kemerdekaan, ke mana hala anak bangsa kita???

Melayu tahanan tertinggi di pusat pemulihan, penjara. (Harian Metro Isnin 25 Ogos 2008)

KUALA LUMPUR: Tahanan berbangsa Melayu menjadi kaum tertinggi yang sedang menjalani hukuman dan ditahan di beberapa institusi pemulihan dan penahanan di bawah pengurusan Jabatan Penjara.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Chor Chee Heung, berkata jumlah keseluruhan penghuni yang berada di semua institusi Jabatan Penjara di seluruh negara adalah 39,961 orang.
“Terdapat empat kategori institusi pemulihan dan penahanan di bawah pengurusan Jabatan Penjara iaitu penjara, pusat pemulihan akhlak, tempat tahanan perlindungan dan Sekolah Henry Gurney.
“Daripada jumlah keseluruhan penghuni di semua institusi tersebut, seramai 37,717 orang banduan sedang ditahan atau menjalani hukuman di 29 buah penjara,” katanya menjawab soalan Dr P Ramasamy (DAP-Batu Kawan) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Chor berkata daripada jumlah itu, 14,057 terdiri daripada kaum Melayu; 3,482 daripada kaum Cina; 3,429 (India), 1,742 kaum lain manakala 15,007 pula tahanan warga asing.
Beliau berkata kaum Melayu mencatatkan bilangan tertinggi di pusat pemulihan akhlak yang ditahan di bawah Undang-Undang Pencegahan Ordinan Darurat dan Akta Dadah Berbahaya Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985 iaitu seramai 681 tahanan Melayu daripada jumlah keseluruhan 1,763 penghuni.
Penghuni daripada kaum India pula seramai 508 orang, 344 orang daripada kaum Cina, 76 daripada kaum lain manakala 154 pula tahanan warga asing.
“Daripada jumlah keseluruhan tahanan yang sedang ditahan di tempat tahanan perlindungan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 iaitu 68 orang, 24 orang terdiri dari kaum Melayu, tujuh (India), empat (Cina) dan 33 tahanan warga asing,” katanya.
Beliau berkata seramai 262 penghuni di Sekolah Henry Gurney terdiri daripada kaum Melayu, 11 orang kaum Cina, 38 orang kaum India, 91 kaum lain dan 11 penghuni warga asing daripada jumlah keseluruhan penghuni seramai 413 orang. – Bernama

Tuesday, August 05, 2008

Emosi...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah lama tak menulis, hari ni nak berkongsi satu perkara yang agak penting dalam hidup kita. Bagaimana nak kawal emosi kita dalam menempuh kehidupan harian. So, saya turunkan tips yang boleh digunakan kepada anda.

Tips Mengawal Emosi

1. Selalu berfikiran positif dan logik.
2. Selalu menenangkan fikiran daripada diganggu.
3. Selalu memberikan senyuman terhadap orang lain, walaupun tiada sebarang respon .
4. Selalu membaca petikan, kata-kata, cogankata, peribahasa dan perkataan yang boleh memotivasikan diri.
5. Sentiasa memaafkan orang lain.
6. Selalu berdoa.
7. Elakkan dari hidup yang sentiasa tertekan.
8. Selalu bersenam.
9. Elakkan dari berucap dengan nada yang tinggi.
10. Mempunyai rehat yang cukup.

Semoga berguna, InsyaAllah.
TQ.

Monday, July 28, 2008

Al-Kisah 2

Kisah Ulamak dan Pramugari

Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri.
Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhuk. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki, seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

Pramugari: Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki.
Ulamak: (dengan suara lembut ...) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?
Pramugari: Sekali atau dua kali dalam sehari.
Ulamak: (dengan bersahaja....) Saya mencuci kaki saya lima kali sehari, sudah tentu lebih bersih dari muka saudari.

Moral: Selalulah cuci kaki....

Teknik Keibubapaan

Salam.
Setiap ibu bapa di dunia ini mahukan anak-anak mereka berjaya. Untuk memastikan kejayaan tersebut dicapai, ramai ibu bapa yang lupa bahawa anak-anak juga manusia biasa. Ada ibu bapa yang mengenakan autoriti yang berlebihan sehinggakan anak-anak merasa begitu terkongkong dan terasing dan menyebabkan mereka ini membesar dengan kehampaan dan menjadi seorang pedendam. Di sini saya turunkan sedikit panduan/praktikal untuk menjadi yang terbaik di kalangan anak-anaknya.

Peringkat bayi:
1. Tunjukkan bahawa anda sayang kepadanya.
2. Sentiasa bertenang.
3. Menghayati detik-detik bersamanya selalu.
4. Mengambil gambarnya apabila anda tertarik dengan gerak-geri atau senyumannya di mana-mana anda berada.
5. Memberi anak anda susu ibu.
6. Bawa bersiar-siar di taman untuk mengeratkan hubungan.
7. Selalu membaca untuknya.

Peringkat Kanak-kanak:
1. Tunjukkan kasih sayang anda kepadanya.
2. Selalu membaca bersamanya.
3. Belikan permainan yang tidak spesifik ‘gender’.
4. Amalkan disiplin secara konsisten.
5. Didik anak-anak tentang peraturan betul dan salah dalam hidupnya.

Peringkat Remaja:
1. Teruskan bergambar bersama anak anda.
2. Bertenang dan elakkan kata-kata yang boleh menyakitkan hatinya.
3. Menyertai kumpulan sokongan dan kebajikan.
4. Luangkan masa untuk berkomunikasi dengan anak-anak anda.
5. Teruskan dengan mengajar anak-anak anda tentang apa yang betul dan salah dalam kehidupan.
6. Mendengar dan memberi sepenuh perhatian terhadap apa yang dikatakan oleh anak remaja anda.

InsyaAllah, diharapkan ini akan dapat membantu anda menunjukkan kasih sayang anda terhadap mereka.
Tq.

Thursday, July 24, 2008

Langkah -langkah Bijak Menjelang Peperiksaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini saya ingin kongsikan beberapa langkah yang bijak bagi menghadapi peperiksaan. Harap-harap dapat digunakan jika bersesuian.

1. Bertenang dan melapangkan fikiran.
2. Melakukan ulang kaji bagi topik-topik yang penting.
3. Tidur yang mencukupi..
4. Menjaga kesihatan diri.
5. Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat.
7. Bagi pelajar Islam, perbanyakkan sembahyang hajat .
8. Membuat dan membaca nota-nota ringkas.
9. Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.
10. Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai kerana badan yang cergas akan meransang kecerdasan otak.
11. Meminta doa dan restu ibu bapa dan guru-guru.
12. Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.
13. Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.
14. Menjawap soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.
15. Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula.
16. Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan.
17. Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yanag berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.
18. Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawap sebelum dan selepas peperiksaan.
19. Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.
20. Membaca dengan teliti setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.
21. Menjawap soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.
22. Pastikan pelajar menjawap semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan.

Tq.

Monday, July 21, 2008

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera...

Baru-baru ni saya mencipta satu sajak sempena Karnival Anti Dadah Daerah Pulau, Pulau Pinang. Alhamdulillah, sajak ini memenangi tempat ke 3 dan akan bertanding di peringkat negeri selepas ini. Saya ingin kongsikan dengan anda sajak tersebut.

Destinasi Madani
Daerah gelap itu memanggil-manggil saudaraku,
Melambai-lambai hinggakan mereka terpersona.
Mereka meniti titian usang,
Menunggu saja saat kehancuran.
Aku kecewa,
Aku berduka,
Pria-priaku tergoda,
Mengapa daerah itu tidak sepi dengan manusia
Menara gading yang dicita-cita,
Tetapi Serenti-Inn yang terima.
Atau jeriji-jeriji besi yang menunggu mangsa
Gembirakah mereka di sana!
Dadah,
kau buat mereka alpa
kau buat anak bangsaku rebah
rosaknya masyarakat, rosaknya negara.
Ayuh! Bangunlah saudaraku,
Biarkan daerah gelap itu,
Tujulah ke destinasi suci, permai dan abadi
Bangunlah jati diri,
Tetapkan matlamat suci,
Kita cipta masyarakat madani
Hidup ini kita harumi.

Tq.

Thursday, July 17, 2008

Al-kisah....

JANGAN SELALU OVER TIME

Kisah benar yangmengerikan lagi menyeramkan ini terjadi kepada seorang staff lelaki yang bekerja di tingkat 40 bangunan KLCC. Pada hari tersebut (hari Khamis malam Jum'at) beliau membuat OT dan terpaksa pulang lewat kira-kira jam 11 malam. Sampai di depan lif, dia pun tekan tombol untuk turun. Kemudian, pintu lift terbuka tanpa ada sesiapa di dalamnya. Dia masuk dan tekan tombol "G" untuk ke Ground Floor.
Tetapi entah mengapa, lift yang dia naiki itu terus naik ke atas. Ketika sampai di tingkat 59 lift tersebut berhenti. Pintu lif terbuka kemudian masuklah seorang perempuan yang kelihatan sungguh cantik dan menawan sambil tersenyum manis. Dia tak pernah melihatnya sepanjang bertugas di KLCC. Perempuan tadi pun masuk dan berdiri dibelakangnya. Dia tertanya-tanya di dalam hatinya "Siapa perempuan itu, dan kenapa sudah lewat malam belum pulang ke rumah. Mau disapa terasa malu pula, jadi masing-masing saling diamlah. Dalam suasana hening sepi itu, lift tersebut terus meluncur turun dari satu tingkat ke satu tingkat.
Tiba di tingkat 13, lampu lift padam dan lift terhenti, seketika dia mencium bau yang teramat busuk, yang mengganggu hidungnya. bulu romanya tiba-tiba saja merinding, dia pun mula membaca ayat-ayat suci yang terlintas diingatannya sambil memberanikan diri menoleh kebelakang setelah lampu lift menyala. Tiba-tiba saja, perempuan yang berada belakangnya ketawa dan segera berkata "Maaf ya...., saya terkentut! Anda tidak marah kan!!!

..................................................................

WASIAT SI NENEK

Ada sorang tua, nama dia Nenek Ani. Dia terlantar di hospital kerana sakit jantung. Keadaannya semakin hari semakin teruk. Keluarganya dah tak tau apa nak buat lagi. So, suatu hari dipanggil Pak Din untuk bacakan doa untuk Nenek Ani. Tapi semakin dibaca, semakin teruk sakit orang tua tu. Sampai terketar-ketar dan termengah-mengah kerana terlalu sakit. Nenek Ani dalam keadaan tak berdaya tu memberikan isyarat meminta pen dan kertas. Dengan sisa-sisa tenaga yang ada, Nenek Ani menulis dan memberikan kertas itu kepada Pak Din. Pak Din menganggap tak baik membaca wasiat di hadapan Nenek Ani sebelum meninggal. Jadi dia pun masukkan kertas itu ke dalam poketnya. Tak lama kemudian Nenek Ani pun meninggal dunia.
Selepas seminggu kematian Nenek Ani, Pak Din pun datang ke rumah, dan memanggil semua sanak saudara Nenek Ani, tujuannya tak lain dan tak bukan untuk menbaca wasiat dari nenek tersebut. Pak Din pun berucap, menyatakan kesedihannya atas kematian Nenek Ani, dan di akhir ucapan Pak Din mengajak Ani dan saudara-mara membaca wasiat itu bersama-sama, yang antara lain isi itu ialah.... "Din..., kau janganlah berdiri di atas wayar oksigen aku tu"!.

...................................................................

Hidup ini perlukan hiburan tetapi janganlah hiburan yang menyimpang dari jalan yang benar. Untuk menenangkan hati dari kekecewaan, sedikit senyuman dan gelak ketawa akan menyerikan kehidupan kita.Tq.

Sarapan...

Assalamualaikum...

Hari ni saje-saje belek majalah, tiba-tiba ternampak satu bahagian yang menceritakan perihal makanan yang baik. Jadi dapatlah dikongsikan dengan para pembaca.

Sarapan pagi yang boleh membina daya ingatan!

Minum segelas susu segar,
Makan 5 biji buah badam @
Makan 3 biji kurma @
Makan 21 biji kismis.

InsyaAllah, silalah cuba mana tahu berkesan.

Tq.
Assalamualaikum wbt,

Mari kita berkongsi lagi beberapa petua berguna untuk kehidupan kita.

40 KESILAPAN IBU BAPA MENDIDIK ANAK-ANAK(Kajian oleh Dr. Hassan Ali)

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak.
6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.
8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.
9. Kurang melahirkan kasih sayang.
10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak.
11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah.
12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.
13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak.
14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.
15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak.
16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.
17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal.
18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.
19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.
20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak.
21. Tidak menggunakan bahasa yang betul.
22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak.
23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.
24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat.
25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.
26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.
27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.
28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak.
29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.
30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.
31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.
32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.
33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak.
34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.
36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.
37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak.
38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.
39. Tidak tegas mendidik anak-anak.
40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.

Tq.

Wednesday, July 16, 2008

Assalamualaikum wbt.

Hari ni nak kongsi sedikit dengan para pembaca budiman berkenaan personaliti manusia. Cuma untuk panduan hidup yang berguna...

Rahsia Personaliti Diri

Ada beberapa personaliti yang dirumuskan berdasarkan kajian dalam bidang psikologi.

a) Personaliti Periang
Mereka biasanya:
1. berasa selesa apabila berada dalam keramaian dan seronok bertemu dengan orang lain.
2. lebih mudah berhubung dengan dunia luar berbanding dgn dunia dlm diri mrk sendiri atau berfikir dengan idea sendiri.
3. lebih suka berbincang dengan org lain dlm mencapai keputusan berbanding membuat keputusan sendiri.
4. lebih banyak bercakap dari mendengar.
5. berkebolehan menganalisis situasi baru dengan mudah.
6. gemar dengan aktiviti keramaian seperti majlis makan, sukan, pesta dan lain-lain.
7. Happy go lucky dan gemarkan muzik harmoni dan rancak.

b) Personaliti Pendiam
Bersifat:
1. lebih suka menyendiri.
2. sanggup melakukan apa saja untuk menjayakan ssesuatu yang mereka sukai.
3. mudah merasa diketepikan dalam keramaian.
4. lebih suka memikir dan mencari penyelesaian untuk masalah yang dihadapi secara bersendirian.
5. menjadi pemerhati dan berfikir lama sebelum melibatkan diri dengan seseorang atau sesuatu.
6. seorg pendengar yang baik, kurang gemar dipuji dan tidak suka berbual atau mencampuri hal orang lain).

c) Personaliti Perasa
Bersifat:
1. mahu jawapan yang pasti dan tepat.
2. suka kerja yang berperaturan dan kerja yang mempunyai pulangan yang banyak.
3. suka mengumpul banyak dan cukup maklumat sebelum bertindak.
4. mementingkan fakta dan bukan teori serta tiada masalah berhadapan dengan perkara remeh temeh.
5. lebih suka melakukan sesuatu dari hanya berfikir untuk melakukan sesuatu.
6. kurang mempunyai firasat.

d) Peramal
Sifatnya:
1. gemar melakukan banyak perkara dalam satu masa.
2. selalu mempunyai jawapan yang sesuai untuk setiap persoalan dan bijak mengenalpasti peluang baru.
3. tidak suka melakukan kerja yang remeh temeh.
4. gemar belajar mengenai perkara yang baru tapi kurang menggunakan ilmu tersebut.
5. sering memberi jawapan berbentuk umum.
6. gemar kerja yang mencabar dan kurang gemar melakukan kerja yang sama sepanjang masa.
7. banyak persoalan yang ditimbulkan dalam perbincangan.
8. suka menguji kebolehan orang lain.

e) Personaliti Pemikir.
Bersifat:
1. mudah mengingat nombor berbanding dengan wajah dan nama orang.
2. sering bertenang walaupun dalam suasana yang menyebabkan orang lain panik.
3. yang penting dia mestilah benar setiap masa.
4. kadang-kadang kelihatan seperti orang yang keras hati dan mudah mengkritik.
5. baik dalam merancang sebarang kerja dan mengurus kerja peribadi.
6. suka melihat sesuatu dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan.

f) Personaliti Sensitif
Bersifat:
1. sering membayangkan diri mereka dalam situasi yang dialami oleh orang lain. Lebih mudah simpati dengan perasaan, kehendak dan kesukaan orang lain.
2. dalam membuat keputusan sering bertanya sendiri apa yang saya rasa dan apa yg orang lain rasa dan bukan apa yang betul.
3. suka menolong orang lain walaupun tahu mereka dipergunakan.
4. tidak gemar menyampaikan berita buruk kepada orang lain.
5. akan melakukan apa saja untuk tidak melukakan perasaan orang lain atau menimbulkan konflik dengan orang lain.

Tq.

Tuesday, July 15, 2008

Assalamualaikum wbt,

Ini first time saya buat blog. Kiranya inilah first post saya kat sini. Kalau boleh, saya nak kongsikan pengalaman, idea, pendapat, maklumat dan apa-apa je yang boleh dimuatkan di sini untuk tatapan para pembaca. Blog ini juga dikhaskan kepada sesiapa sahaja yang berminat berkongsi bahan yang boleh digunakan dalam hidup seharian. Semoga dapat dijadikan rujukan dan memberi faedah kepada umum.

Jumpa lagi.