This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday, September 23, 2010

PETUA ORANG LAMA.


PETUA CEPAT DIPINANG (RINGAN JODOH)

Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.


PENAWAR RESDUNG

Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.
MELICIN DAN MEMERAHKAN KULIT MUKA
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di sekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.


MENEGANGKAN KULIT MUKA

Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar...


MENGHILANGKAN CAGU

Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.


MENYERIKAN WAJAH

Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.


MENGHALUSKAN KULIT

Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.
MENGHILANGKAN BAU BADAN
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu.
BADAN RINGAN DAN BERTENAGA MINUM
air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

Tuesday, April 06, 2010

KHASIAT DARI TUMBUHAN

1. Daun senduduk boleh digunakan untuk menghilangkan parut. Caranya ialah dengan mengambil beberapa helai daun senduduk, kemudian upar-uparkan hingga keluar air dan gosok daun pada parut. Ia juga boleh menghilangkan jerawat pada muka dengan mencampurkan airnya dengan bedak sejuk.

2. Daun ati-ati boleh digunakan sebagai penawar lelah. Caranya, ambil beberapa helai daun ati-ati, basuh dan bersihkan serta di tumbuk lumat. Sapu daun yang telah lumat tadi pada dada sehingga paras pusat. Hasilnya akan diperolehi setelah diamalkan beberapa kali.

3. Daun inai selain untuk memerahkan jari ia juga boleh digunakan untuk merawat luka, samada luka luaran mahupun dalaman. Jika kulit kita terluka, ambil beberapa helai daun inai, tumbuk sehingga lumat kemudian diletakkan pada luka untuk menghentikan pendarahan. Bagi wanita yang baru lepas bersalin atau menjalani pembedahan, makan daun inai tujuh helai pagi dan petang sehingga sembuh.

4. Getah dari pohon kemboja boleh digunakan untuk merawat bisul. Caranya, sapu getah tadi pada bisul dan hasilnya, bisul tadi akan beransur pulih.

5. Bunga melur juga boleh digunakan untuk mengubati penyakit mata. Caranya, ambil beberapa kuntum bunga melur. Rendam seketika didalam air, kemudian ambil air tadi dan disapu pada mata dengan menggunakan tuala lembut. Rasa sejuk air ini akan melegakan rasa tidak selesa pada mata.

Penyakit Lupa

Di antara penyebabnya adalah: -

-makan kepala ikan.

-makan organ dalaman binatang spt hati, limpa, jantung, perut & yg seumpamanya.

-makan makanan yg tercemar oleh semut.

-makan berlebihan.

-minum air antara suapan makan.

-sukan yg boleh menyebabkan gegaran yg kuat kpd kepala seperti tinju, gusti & sebagainya.

-pergaduhan/berkelahi sesama sendiri dgn memukul kepala.

*gegaran di kepala yg kuat & terlalu kerap akan mengakibatkan kadar bahan kimia yg dipanggil dopamin

akan berkurangan di dlm sel-sel otak


Rahsia menguatkan ingatan:-

Di antara jenis makanan yg boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah: -

- Buah anggur hitam

- Madu lebah

- Halia

- Buah badam

- Susu

- Air zam-zam

- Kismis

- Jus carrot & madu

- Epal

- Kurma

- Ikan tuna

- Tempe

- Air soya

* Amalkan zikir dan bacalah AlQuran dapat menguatkan daya ingatan selain daripada mendapatkan oksigen

utk merangsang otak supaya sentiasa cergas & cerdas.